MPU23052 - SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM
PENSYARAH : PN NORHAYATI BT MOHAMAD
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
AHLI KUMPULAN HENSEM
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ADIB HUSAINI BIN OMRI | 04DUB20F2004
MUHAMMAD AMIR HAKIM BIN MOHD HANIFA | 04DUB20F2023
MUHAMMAD FAHMI BIN MOHD FAZLEE | 04DUB20F2013
MUHAMMAD FAKHRIE BIN AZMEE | 04DUB20F2015
PENDAHULUAN:
Pengenalan Bioteknologi secara amnya didefinisikan sebagai penggunaan organisma hidup dalam penghasilan mahupun pengubahsuaian sesuatu produk. Kaedah bioteknologi telah diaplikasikan dalam pelbagai aspek bioekonomi seperti pertanian, perubatan, produk makanan dan juga alam sekitar. Sejarah telah membuktikan bahawa manipulasi genetik telah dilakukan oleh para petani sejak ribuan tahun dahulu dengan menggunakan teknik pembiakbakaan untuk mendapatkan baka tanaman yang berkualiti. Kemajuan teknologi dan pemahaman ilmu secara mendalam khususnya dalam bidang genetik dan biologi molekul telah memberi impak kepada teknik manipulasi gen secara lebih saintifik dan spesifik.
OBJEKTIF TAJUK:
Menerangkan kajian genetik dalam pertanian moden yang mampu membantu proses penghasilan hasil tanaman yang berkualiti serta memudahkan para petani.
DEFINISI TAJUK:
BAHASA- Genetik adalah sains pewarisan biologi . Perkataan genetik berasal dari genos Yunani yang bermaksud bangsa, kelahiran atau asal usul dan akhiran ikos yang menyatakan " relatif terhadap", akibatnya, penyatuan kedua-dua istilah tersebut menunjukkan apa yang berkaitan dengan kelahiran atau ras makhluk .
ISTILAH- Genetik merupakan bidang sains yang mengkaji fenomena pewarisan dan variasi dalam kesemua makhluk hidup, samada manusia mahupun bakteria. Istilah "genetik" pertama kali diperkenalkan oleh pakar genetik British William Bateson. Beliau juga bertanggungjawab dalam memperkembangkan penemuan kajian Gregor Mendel. Dalam organisma hidup, maklumat genetik disimpan dalam kromosom yang dibentuk daripada molekul DNA dan sejenis protein yang dikenali sebagai histon. Maklumat genetik perlu berinteraksi bersama faktor luaran yang lain seperti permakanan dan persekitaran untuk menentukan faktor fizikal dan perlakuan organisma secara keseluruhan.
DALIL :
Peningkatan teknologi amat memberi galakkan dan dorongan umat
Islam untuk menceburi dan mendalami tentang keindahan sains-teknologi
agar tidak ketinggalan jauh daripada peredaran zaman. Umat Islam yang
sejati akan menjadikan al-Quran dan hadis sebagai panduan untuk memacu
teknologi ke arah yang komprehensif dan lebih teratur demi mewujudkan
masyarakat Islam majmuk yang lebih berkualiti dan berinnovasi berteraskan
keilmuan Islam. Allah SWT berfirman:
Maksud: Dan kami mengajar Nabi Dawud membuat baju besi unntuk
kamu menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu,
maka adakah kamu sentiasa bersyukur?
(Surah al-Anbiya’, 21: 80)
CONTOH : BIJI SAWIT DIKACUK (DURA X PSIFERA) = TENERA
ETIKA & PROFESSIONAL
a) Apakah implikasi penghasilan dan penggunaan teknologi tersebut. Nyatakan 3 isi berserta huraian.
- Sebagai panduan kepada saintist dan teknorat untuk memastikan hasil kajian dan penyelidikan masih mengikut hukum syarak.
- Sebagai batasan kepada perkara-perkara yang boleh dilakukan dan membasmi perkara yang tidak boleh dilakukan.
- Menjadikan matlamat islam sebagai ad-Deen tercapai dan seterusnya menghapuskan kehidupan jahilliyah.
- Umat islam semakin maju dan rajin untuk mencipta sesuatu teknologi dan bangunan baru yang boleh digunakan oleh sejagat.
b) Apakah implikasi pengabaian etika terhadap penghasilan dan penggunaan teknologi tersebut. Nyatakan 3 isi berserta huraian.
1. Genetik manusia serta hidupan lain pada masa hadapan akan berubah.
Kesan daripada penggunaan bahan kimia seperti bom kimia akan menyebabkan perubahan yang buruk kepada hidupan manusia dan termasuklah kepada hidupan lain seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan.
2. Negara akan dipandang hina.
Sekiranya sesebuah negara itu menggunakan senjata kimia dengan tidak beretika, sudah tentu masyarakat dari luar negara akan mengutuk dan mengecam tindakan sesebuah negara itu.
3. Timbulnya penyakit baru yang berbahaya.
Bahan kimia juga merupakan penyebab kepada timbulnya penyakit-penyakit baru seperti kanser. Penyakit-penyakit baru pada zaman kini banyak yang datang daripada pemakanan. Tetapi, senjata kimia juga akan mendatangkan kesan buruk seperti penyakit baru yang masih belum ditemui penawarnya.
c) (i) Adakah memenuhi atau bertentangan dengan kehendak syariah?
Dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini juga , manusia mampu menjalankan ekperimen yang untuk mencampurkan benih tumbuhan bagi mendapatkan hasil spesies yang lebih baik dan subur . Pandangan islam terhadap perkara tersebut ialah setiap ciptaan Allah yang ada di alam ini adalah cukup sempurna dan seimbang serta mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada manusia. islam tetap lagi untuk sains menerokai bidang genetik ini , tapi ianya hendaklah sesuai dengan prinsip dan syariat dan tidak mendatangkan mudharat atau bahaya kepada manusia dan alam sekitar .begitu juga dengan kaedah pengacukan tumbuh-tumbuhan yang boleh menghasilkan baka yang lebih baik dan mendatangkan manfaat kepada manusia ianya adalah sesuai dengan sebuah hadis yang diceritakan :
"ada seseorang sahabat datang bertanya dengan Rasulullah s.a.w tentang kacukan pohon tamar yang pohon tamar yang telah dilakukannya . maka rasulullah menjawab engkau lebih mengetahui tentang masalah itu. hal ini menjelaskan kepada kita bahawa kacukan yang membawa faedah kepada manusia dan tidak memudharatkan kehidupan adalah dibolehkan" .
(ii) Apakah punca masalah?
*KEKURANGAN BIJIH BENIH
- kebanyakkan anak benih banyak diimport dari luar negara hal ini akan menyebabkan kos pengeluaran yang tinggi
*SERANGAN PENYAKIT KRONIK PADA TUMBUHAN
- petani menghabiskan banyak masa untuk memerangi serangan penyakit tersebut.kos pengeluaran yang tinggi sedikit sebanyak memberi impak kepada bidang pertanian.
*TANAMAN YANG CEPAT ROSAK
- tanaman cepat rosak kerana tidak sesuai dengan iklim negara
(iii) Apakah jalan penyelesaian?
a) mencipta satu kaedah iaitu kaedah pengacukan untuk meningkatkan lagi mutu tanaman. kaedah ini juga akan menghasilkan tanaman yang lebih elok daripada tanaman yang asal.
b) mencari baka yang tahan lama supaya tanaman tidak cepat rosak dan boleh digunakan dalam jangka hayat yang lama.
c) kaedah pengklonan yang dilakukan mampu menghasilkan sejenis tumbuhan yang benar benar menyerupai induk dalam semua aspek. hal ini akan meningkatkan lagi hasil tanaman dan memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan yang meningkat di pasaran.
KESIMPULAN:
Dengan kemajuan sains dan teknologi dalam bidang genetik , manusia mampu untuk menjalankan ekperimen yang mencampurkan benih dari spesis binatang dengan binatang yang lain bagi tujuan menghasilkan spesis yang lebih baik. Secara tidak langsung, bidang kejuruteraan genetik telah mencorakkan semula bidang penghasilan produk ke arah yang lebih baikdan terjamin serta pulangan yang lumayan. Walaupun begitu, kita tidak seharusnya lupa terhadap ketamadunan manusia jika sekiranya teknologi dalam bidang kejuruteraan genetic ini tidak terkawal oleh pihak yang berkenaan , diluar sana terdapat banyak manusia yang rakus mengejar kebendaan, cita-cita dan hawa nafsu semata-mata untuk mengejar kemasyhuran dan kebendaan kuasa.
Natijah daripada kemajuan sains dan teknologi kini sememangnya banyakmembawa kepada kebaikan disamping itu terselit juga keburukan disetiap ciptaan. Pokok pangkalnya, apa jua kemajuan yang dicapai perlulah berlandaskan nilai-nilai islam dan mengikut batas-batas penerokaan ilmu yang telah ditetapkan. Barulah kemajuan dan pembangunan yang dicapai tidak terpesong dan tidak mendatangkan keburukan kepada ummah.
RUJUKAN :
-https://stkidua2012.wordpress.com/2016/10/07/implikasi-pengabaian-etika/
-https://dkm2cpsp.blogspot.com/2016/03/implikasi-penggunaan-teknologi.html
-https://www.researchgate.net/publication/327112100_Sains-Teknologi_dan_Ilmu_Agama_Menurut_Bahasa_al-Quran_dan_Hadis